Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwalperundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakanAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidakadil'.Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahliparlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yangditahan di bawah ISA dibebaskan segera.Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISAtetapi telah dibebaskan semalam.
"Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama ataubertindak mewujudkan ketakutan."Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah."Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah AhmadBadawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau."Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapatdipertahankan, saya akan letak jawatan," katanya ketika dihubungiMalaysiakini dari Kota Baru hari ini.Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharuhari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama.
Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklahdikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa."Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orangyang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan...komunis. Jadi,kita perlu tetap dengan itu," katanya.Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang bolehdigunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum danmengancam keselamatan negara."Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakanoleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA. "Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang bolehmenjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakanundang-undang tanpa menggunakan ISA," katanya.Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untukmengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesidialog dan perbincangan secara aman.
# Apa perlunya barisan kabinet yang ada pada hari ini, perbezaan pendapat antara satu sama lain dan hampir tidak bersatu suara akan mengakibatkan rakyat menyampah dan meluat. Pendapat peribadi aku mengenai mereka ini adalah!!! Mereka tamakkan kuasa dan tiada jati diri dalam perjuangan parti khususnya UMNO. Tiada kejujuran dan pentingkan diri sendiri..aku sebagai ahli UMNO juga meluat bila memerhatikan tindak-tanduk mereka yang hanya mahukan POPULARITI
Tetapi aku tetap berpegang pada perinsip dan didikan keluarga dari kecil lagi dan tiada memikirkan harta juga wang ringgit. Aku tidak perlukan wang-wang haram untuk berjuang bersama UMNO kerana aku ikhlas memperjuankan parti aku..iaitu UMNO!!by:uncle nano